Aktiviti PWMSB

Program Maal Hijrah bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)

3/8/2022 : Pusat Wakaf MAIWP telah memberikan penerangan wakaf tunai dalam Seminar Maal Hijrah yang bertajuk “Sehari Berhijrah, Selangkah ke Syurga” pada 3 Ogos 2022 di Ibu Pejabat APMM Putrajaya.

Semoga dengan penerangan seperti ini dapat memberikan kefahaman kepada semua kakitangan APMM tentang perbezaan zakat, sedekah, dan wakaf dan kesannya kepada masyakarat. Jom budayakan wakaf tunai demi manfaat wakaf bersama.

MyDigital CFA Roadshow : Peralihan ke Pengkomputeran Awan

21/7/2022 :  Pusat Wakaf MAIWP yang diwakili oleh En.Hafiz Idzri, Pegawai Teknologi Maklumat PWM telah menghadiri satu Program yang berimpak tinggi dalam pembangunan teknologi dimana transformasi  daripada penyimpanan data secara tradisional kepada pengkomputeran awan. Program tersebut dikendalikan oleh Google Malaysia dan Awantec System Sdn. Bhd. yang merupakan syarikat yang mengetuai teknologi pengkomputeran awan ini.

Cadangan Mewujudkan Tabung Wakaf Kampung Bharu oleh Pertubuhan Pemilik Tanah & Waris Tanah Kampong Bharu

18/7/2022 : Pembentangan mengenai Cadangan Mewujudkan Tabung Wakaf Kampung Bharu oleh Pertubuhan Pemilik Tanah & Waris Tanah Kampong Bharu kepada Pusat Wakaf MAIWP secara terperinci. Tujuan cadangan ini dikemukakan adalah bagi membantu pemilik-pemilik tanah untuk membangunkan tanahnya dan merealisasikan pembangunan semula Kampung Bharu yang lebih maju pada masa akan datang.

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak

10/6/2022 :Dua kertas fatwa Pusat Wakaf MAIWP telah dibentang pada malam 11 jun bermula jam 8.30 mlm. Perdebatan agak sedikit hangat dengan PWM mengemukakan hujah dan data pengurusan berkenaan wakaf tunai saluran-saluran wakaf sedia ada. Mesyuarat berlangsung selama dua hari diikuti hari seterusnya. 

Kunjungan Co-opbank ke PWM

9/6/2022 :  Kunjungan daripada Co-opbank Pertama ke Pusat Wakaf MAIWP untuk tujuan mewujudkan wakaf khas dalam membantu masyarakat bagi pembiayaan mikro & perniagaan serta pembangunan ekonomi ummah. samping menjadi ejen kutipan (Al-Qayyim).

Kunjungan Hormat PWM ke Jakel Holdings

8/6/2022 : Kunjungan hormat Pegawai Pusat Wakaf MAIWP ke Jakel Holdings Sdn. Bhd. dalam membincangkan beberapa perkara dalam usaha untuk mencari ruang dan peluang kerjasama di antara Pusat Wakaf MAIWP dan pihak Jakel. Semoga dengan usaha ini dapat memartabatkan lagi istitusi wakaf di Wilayah Persekutuan sebagai pemangkin ekonomi ummah.

Kaunter Wakaf di Masjid Al-Qurtubi

20/5/2022 :Pusat Wakaf MAIWP membuka kaunter wakaf di Masjid Al-Qurtubi, Taman Sri Segambut bagi menyemarakkan lagi semangat masyarakat untuk berwakaf di Bulan Syawal. Pusat Wakaf MAIWP juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua warga wakaf. Semoga Allah mengurniakan hati yang Istiqamah dalam melaksanakan ibadah wakaf.

Sukan electronic(e-sukan) dan Industri Wakaf

18/5/2022 : e-Sukan merupakan sebuah industri baru bukan sahaja kepada pembangunan permainan video tetapi ianya merupakan industri dan sumber ekonomi baru kepada masyarakat. Oleh itu, PWMSB melihat kepada potensi ini dan berdasarkan kepada golongan sasar yang ada, PWMSB  mengorak langkah positif dan proaktif untuk menambat hati dan merapati peminat sukan ini secara holistic. 

PWMSB sedang merancang satu program kejohanan sukan electronic(e-sukan) bagi mendekatkan diri dengan peminat sukan ini untuk sama-sama menjadikan ia bukan hanya sahaja sebagai satu hiburan, malah dalam masa yang sama dapat menyumbang kepada industry wakaf. Sehubungan dengan itu, PWMSB telah mengunjungi ESPORTS BUSINESS NETWORK untuk menjalinkan kolaborasi bagi menjayakan idea ini.

Kolaborasi PWMSB dan Public Islamic Bank

18/5/2022 : PWMSB telah didatangi oleh Public Islamic Bank diketuai oleh En. Mohd Zaimy bin Abdul Latiff, Pengurus, Bahagian Pengurusan Tunai & Kerajaan dan 3 delegasi lain bagi membincangkan & penerokaan kaedah/saluran/platform terimaan wakaf tunai yang komprehensif. PWMSB juga turut mencadangkan Public Islamic Bank berkolaborasi dengan PWMSB bagi membangunkan wakaf khas yang fokus kepada sektor ekonomi, pendidikan dan kesihatan di samping menjadi ejen kutipan (Al-Qayyim).

Kunjungan Ziarah ke Rumah Pewakaf

26/4/2022 : Pegawai Pusat Wakaf MAIWP telah membuat kunjungan ziarah ke rumah pewakaf-pewakaf yang telah membuat permohonan wakaf hartanah melalui Pusat Wakaf MAIWP dan memberikan penghargaan berupa cenderahati sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Edaran Risalah dan Cenderahati Hari Raya Aidilfitri

22/4/2022 : Pada bulan ramadhan tahun ini, Pusat Wakaf MAIWP mengadakan aktiviti edaran risalah di beberapa lokasi terpilih yang menjadi tumpuan orang ramai antaranya sekitar Pasar Seni, Kl Sentral dan KLCC. Pendekatan dan inisiatif Pusat Wakaf dalam memberi kesedaran kepada masyarakat secara tidak langsung kepentingan wakaf kepada masyarakat. Mari kita bersama-sama mengimarahkan Ramadhan dengan berwakaf. 

Tazkirah Jumaat Masjid Al-Mubarakah

22/4/2022 : Hari Jumaat adalah hari yang istimewa di sisi Allah S.W.T. Juga dikenali sebagai ‘Sayyidul Ayyam’ atau penghulu segala hari, yang mana ianya merupakan hari yang diwajibkan kepada seluruh kaum muslimin (lelaki) untuk mengerjakan Solat Fardhu Jumaat dan memperbanyakkan amalan-amalan sunat seperti membaca Surah Al-Kahfi serta memperbanyakkan selawat dan zikir-zikir yang lain. Bersempena Ramadhan yang mulia ini, Pusat Wakaf MAIWP giat mengadakan tazkirah jumaat berkenaan wakaf di masjid-masjid terpilih antaranya masjid Al-Mubarakah, Cheras.

Sesi Penerangan Wakaf Khas

18/4/2022 : Wakaf khas bermaksud wakaf yang diwujudkan oleh pewakaf bagi tujuan manfaat tertentu umat islam mengikut hukum syarak dan Pusat Wakaf MAIWP mengendalikan pelbagai jenis wakaf khas yang kini menjadi tunjang utama untuk membangunkan ekonomi masyarakat islam. PWM telah mengambil inisiatif untuk mengembangkan kutipan wakaf khas ini dengan melantik amil bagi melakukan kutipan wakaf. Taklimat ini bertujuan bagi menerangkan prosedur dan peraturan-peraturan terimaan wakaf khas tersebut.

Kaunter Wakaf di Pusrawi

18/4/2022 : Sempena bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, Pusat Wakaf MAIWP Sdn. Bhd. mengambil peluang untuk membuka kaunter wakaf di beberapa tempat tumpuan antaranya di Pusrawi bagi memudahkan masyarakat untuk berwakaf dan mengenali Pusat Wakaf MAIWP.

Wakaf Bersama Komuniti

15/4/2022 : Pusat wakaf MAIWP Sdn. Bhd. mengedarkan risalah wakaf di kawasan Sogo Kuala Lumpur bagi menyebarkan dan menggalakkan masyarakat untuk berwakaf.

Pertemuan di antara PWM dan Malaysian Technology Development Corporation (MTDC)

5/4/2022 : Pertemuan antara Pusat Wakaf MAIWP dan Malaysian Technology Development Corporation telah membawa kepada Mesyuarat pertama kalinya yang dihadiri oleh kedua-dua Ketua Pegawai Eksekutif dan Ahli Lembaga Pengarah PWM serta pegawai-pegawai kedua-dua pihak. Antara hasil berbincangan bagi mesyuarat tersebut bagi meneroka kerjasama strategik yang melibatkan wakaf dan teknologi. Alhamdulillah ini merupakah usaha selaras dengan mengembangkan instrumen wakaf dalam bidang teknologi untuk kemaslahatan ummah.

Program Bacaan Yasin dan Penerangan Wakaf Tunai (CIDB)

25/3/2022 : Kelab Sukan dan Kebajikan, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengadakan Program Bacaan Yasin dan Penerangan Wakaf Tunai bersama Pusat Wakaf MAIWP di Tingkat 11, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bacaan Yasin telah diketuai oleh Ustaz Hafizullah bin Osman dan Penerangan Wakaf Tunai disampaikan oleh Ustaz Nasrun bin Ahmad.

Bengkel Analisis Data Kewangan Syarikat Milik MAIWP

25/3/2022 : Pusat wakaf MAIWP Sdn. Bhd. menghadiri Bengkel Analisa Data Kewangan Syarikat Milik MAIWP yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif PWM sendiri iaitu Tuan Zainuddin Bin Mohd Salleh diiringi bersama Pegawai Kewangan, Mohd Adib bin Abidin. Bengkel ini memfokuskan penyediaan penyata kewangan berasaskan MPERS oleh konsultan.

Pembukaan Kaunter Wakaf Tunai bersama Redipay di Masjid
Al-Muttaqin

18/3/2022 : Kerjasama antara Redipay dan Pusat Wakaf MAIWP Sdn. Bhd. diteruskan lagi dalam usaha menggalakkan budaya wakaf di kalangan masyarakat. Tazkirah jumaat disampaikan oleh Ustaz Nasrun bin Ahmad, Pegawai Pemasaran dan Dakwah PWM yang bertajuk “Waqaf Enterprise Akhirat” menekankan kehebatan wakaf yang membawa kepada pahala berkekalan.

Penghantaran Bunting Wakaf Ke Hospital Pusrawi dan MAIWP Healthcare

18/3/2022 : Wakil PWM Ustaz Nasrun bin Ahmad dan Ustaz Mohamad Hafizullah bin Osman, Pegawai Pemasaran dan Dakwah Pusat Wakaf MAIWP telah mewakili Pusat Wakaf MAIWP (PWM) untuk menghantar bunting-bunting wakaf ke Hospital Pusrawi dan cawangan-cawangan MAIWP Healthcare. 6 buah bunting diletakkan di klinik-klinik MAIWP Healthcare dan 1 buah bunting diletakkan di rehabilitasi MAIWP Healthcare manakala 2 buah bunting di letakkan di Hospital Pusrawi di kawasan lobi dan tingkat 1. Bunting ini diletakkan bagi tujuan mempromosi dan menggalakkan budaya wakaf tunai di kalangan warga MAIWP Healthcare dan warga Hospital Pusrawi dan warga sekitarnya. Di samping itu, memudahkan pewakaf-pewakaf berwakaf melalui QR Code disediakan di bunting wakaf.

 

Sesi kunjungan pihak Etiqa Family Takaful ke Pusat Wakaf MAIWP

16/3/2022 : Sesi kunjungan pihak Etiqa Family Takaful ke PWM. Antara perkara yang dibincangkan ialah untuk mewujudkan Kerjasama diantara Etiqa Family Takaful dan PWM. Sesi perbincangan berlangsung di Bilik Mesyuarat PWM pada pukul 3.00 petang dan dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Dr. Mohd. Ghazali bin Md. Noor (Pengerusi PWM). Turut hadir pada sesi perbincangan ini ialah YBhg. Dato’ Majid Mohamad ( Pengerusi Etiqa Family Takaful), Encik Zafri Ab. Halim (Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa Family Takaful), Tuan Haji Zainuddin Mohd Salleh (Ketua Pegawai Eksekutif PWM) dan pegawai-pegawai PWM.

 

Temubual Khas : Mengenal Amalan dan Undang-Undang Sumber Manusia PWM

8/2/2022 : Sesi temubual antara Encik Salehuddin Md Dahlan, siswazah Doktor Falsafah dari Universiti Islam Antarabangsa bersama Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Wakaf MAIWP, Encik Zainuddin Mohd Salleh dalam tajuk Mengenal Amalan dan Undang-undang Sumber Manusia di institusi pengurusan wakaf.  Tujuan utama adalah untuk melengkapkan kajian akademik bertajuk Sudut Amalan dan Perundangan Sumber Manusia di Institusi-institusi Wakaf yang terpilih termasuklah Pusat Wakaf MAIWP. Kajian tersebut berfokus kepada bentuk temubual dan pengumpulan data. Antara perincian yang dicadangkan di dalam bual bicara seperti pengenalan dan sejarah, pengurusan wakaf di wilayah persekutuan, penjawatan dan lain-lain.

Mesyuarat Bersama Tabung Haji Untuk Menjalinkan Kerjasama

4/1/2022 :  Sesi perbincangan antara Pusat Wakaf MAIWP dan wakil Jabatan dari Tabung Haji dalam usaha menjalinkan kerjasama korporat dalam mengangkat institusi wakaf di Wilayah Persekutuan.

Kaunter Wakaf Di Masjid Salehin, Pulapol

31/12/2021 : Seorang pegawai dan seorang pelajar latihan industri dari Pusat Wakaf MAIWP telah membuka kaunter Wakaf di Masjid Salehin PULAPOL sebelum Solat Jumaat. Kaunter Wakaf tersebut bertujuan untuk memberi peluang kepada semua Warga PULAPOL dan jemaah solat jumaat untuk berwakaf ke dalam tabung wakaf Tunai MAIWP disamping berwakaf melalui potongan gaji. Alhamdulillah, kaunter wakaf tersebut mendapat sambutan yang sangat baik dari Warga PULAPOL.

 
 

Penerangan Wakaf Tunai di JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

11/12/2021 : Penerangan Wakaf Tunai di Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur oleh Ustaz Mohamad Hafizullah bin Osman pada 22 Disember 2021 jam 10 pagi.

Program tersebut dihadiri oleh Tuan Mohd Zulkhairi bin Mohd Zahir (Ketua Bahagian Pengurusan), Tuan Azharul Izwan bin Puaadi (Ketua Unit Keselamatan Jalan Raya dan Korporat) dan 40 pegawai JPJ WPKL yang diadakan di Dewan Merpati.

Mesyuarat bersama NGO wanita ikram

16/12/2021 : Mesyuarat bersama NGO wanita ikram untuk kerjasama wakaf perkhidmatan. NGO wanita ikram akan membuat pertemuan dgn PWM dan akan membentangkan kaedah wakaf perkhidmatan cadangan mereka dan berhasrat mengutip wakaf khas untuk tujuan tertentu. Mesyuarat di buat pada jam 10 pagi, di Ibu Pejabat MAIWP dan dipengerusikan oleh Tuan ir Karim.

PERMATA WAKAF

15/12/2021 : FB Live Bersama Yayasan Universiti Multimedia WEzad: PERMATA WAKAF Siri ke-17 bertajuk: Kolaborasi Syarikat Korporat dalam Pembangunan Projek Wakaf. Program kerjasama strategik di antara Yayasan Universiti Multimedia, Pusat wakaf MAIWP, Fakulti Pengurusan MMU Dan Global Waqf Conference (GWC) untuk mengangkat misi Permata Wakaf Di Malaysia.

 
 

Perbincangan meja bulat berkenaan Fintech dan Kewangan Sosial Islam

9/12/2021 : Yayasan Wakaf Malaysia dengan kerjasama United Nation Development Program dan IsDB telah mengadakan satu sesi perbincangan meja bulat berkenaan Fintech dan Kewangan Sosial Islam yang diadakan secara maya yang turut dihadiri oleh Tuan Haji Zainuddin Mohd Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Wakaf MAIWP.

Majlis Apresiasi Pengerusi MAIWP bersama Pengamal Media

8/12/2021 : Kehadiran Pusat Wakaf MAIWP yang diadakan di Shangri La Hotel bagi menjayakan Majlis Apresiasi Pengerusi MAIWP bersama Pengamal Media atas sumbangan dan usaha keras yang diberikan selama ini. 

Mesyuarat bersama pihak PICOMS bagi melihat ruang kerjasama wakaf antara dua pihak

7/12/2021 : Pelaksanaan Wakaf Laptop untuk pelajar PICOMS yg mana 80% daripadanya adalah asnaf zakat.

Dalam melaksanakan hal di atas, PWM juga mencadangkan agar kaedah Wakaf Musytarak dibuat dengan pecahan kutipan 10% untuk wakaf am kepada PWM dan 90% lagi untuk tujuan Wakaf Laptop. 

Kunjungan hormat delegasi dari Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan ke PWM

Kunjungan ini bertujuan mencari peluang dan ruang untuk menjalinkan kerjasama
di antara kedua-dua pihak.

Merangka Manual Pengurusan Dasar Wakaf di Wilayah Persekutuan

Sesi taklimat penerangan dan perancangan untuk merangka Manual Pengurusan Dasar Wakaf Wilayah Persekutuan.

Bengkel Siri-2 Manual Pengurusan Dasar Wakaf di Wilayah Persekutuan

Memperincikan lagi hasil penulisan Manual Pengurusan Dasar Wakaf Wilayah Persekutuan.

Kerjasama Bersama FrescoFresh

Kerjasama dengan pihak Fresco Fresh Development Sdn. Bhd. untuk menjalankan Program Infaq-Wakaf bersama Pusat Wakaf MAIWP.

Webinar Bicara Wakaf

Webinar Bicara Wakaf bertajuk Masjid Sebagai Pusat Ekonomi dan Obor Wakaf Generasi Akan Datang – Wakaf 7.0 bersama YBhg. Datuk Dr. Mohd. Ghazali bin Md. Noor. Webinar ini berlangsung sebanyak 4 siri yang melibatkan masjid-masjid di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Webinar Wakaf Transaksi Pahala Tanpa Henti

Webinar Wakaf Peringkat Wilayah Persekutuan pada 10 November 2021 yang dianjurkan oleh Yayasan Waqaf Malaysia bersama Prof. Madya Dr. Amir Bin Shaharuddin (Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia) dan Tuan Haji Zainuddin bin Mohd Salleh (Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Wakaf MAIWP).