Dari segi لغة – Bahasa : berhenti, menahan, menghalang. Dari segi Istilah: Apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah dan wasiat di samping mengekalkan sumber fizikalnya, untuk kebajikan dengan niat untuk mendekatkan diri pewakaf kepada Allah S.W.T.
“Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya” Surah Ali ‘Imran: 92
Dilaporkan oleh Nafi` (ra) dan Ibn Umar (ra) berkata: Saidina Umar telah diberikan sebidang tanah di Khaibar, beliau kemudian datang kepada Nabi saw dan berkata: “Saya telah diberikan dengan sebidang tanah (di Khaibar) yang merupakan kekayaan yang paling berharga bagi saya. Apakah arahan kamu untuk saya? “Nabi menjawab,” Sekiranya kamu mahu, peliharalah asalnya, dan sedekahlah dengan manfaatnya. “Beliau (Saidina Umar) akan mendermakan (wakaf) tanah itu dengan syarat ia tidak boleh dijual, tidak boleh hibah kepada orang lain dan tidak boleh diwarisi. Tanah itu akan digunakan oleh miskin, kaum kerabatnya, hamba-hamba, fi sabilillah, tetamu dan musafir. Ia sepatutnya tidak menjadi masalah bagi orang-orang yang mentadbir harta wakaf tersebut dan menguruskan tanah (aset wakaf) untuk mengambil gaji yang munasabah daripada aset wakaf atau berfungsi rakan / beliau dengan pengendalian membuat keuntungan lebih kepada wakaf” – hadith Al-Bukhari, Sahih Bukhari, hadith no. 2620.
Perumpamaan (infaq yang dikeluarkan) orang-orang yang menginfaqkan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya.
(Al-Baqarah : 261)
Pewakaf mewakafkan harta untuk tujuan kebajikan Islam semata-mata tanpa ditentukan tujuan yang khusus.
Pewakaf mewakafkan hartanya untuk tujuan tertentu seperti membina masjid, sekolah agama dan sebagainya.
Mauquf Alaih
Sighah
Kerajaan Malaysia, MAIWP dan PWMSB tidak akan bertanggung jawab ke atas apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini.
Syarikat – syarikat yang dirujuk di dalam laman web ini tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen atau syarikat yang disyorkan oleh PWMSB.
Alamat: Wisma PPZ,
68-1-6 Dataran Shamelin,
Taman Shamelin Perkasa,
56100 Kuala Lumpur.
Telefon pejabat: 1-300-88-5757
Emel: info@zakat.com.my