Kerangka Digitalisasi Wakaf Dan Zakat Dalam Mewujudkan Satu Eko-Sistem Ekonomi Ummah

PEJABAT PUSAT WAKAF MAIWP, 29 DISEMBER 2021 : Perjumpaan yang melibatkan dua orang Ahli Lembaga Pengarah PWM iaitu Dr. Ridzwan Bakar dan Haji Mohd Syahnis Salleh, wakil Unit Wakaf Bahagian Pembangunan dan Pelaburan MAIWP, wakil Bahagian Teknologi Maklumat MAIWP, wakil daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Pengurus Besar Kanan Khidmat Pengurusan Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) dan tiga wakil pengurusan Spectre MD Sdn. Bhd. diwakili oleh Encik Sallehudin Ishak, Encik M. Nizam Kastor dan Encik Khairil Rizam, untuk memperhalusi hasrat digital wakaf-zakat MAIWP.

Melalui perkongsian maklumat pada 29 Disember 2021, dapatlah diringkaskan usaha ini mampu meletakkan MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN sebagai satu badan agama Islam utama di negara ini untuk menerajui pengwujudan pengkalan data berpusat yang boleh diintegerasikan dengan platform-platform data serta penggunaan teknologi-teknologi terkini dalam membina dan memberdayakan kekuatan ekonomi ummah di negara. Ini dapat direalisasikan dengan Digital Transformation peringkat MAIWP sebagai satu institusi dan kerangka WAKAF 7.0 sebagai visi Wakaf Wilayah Persekutuan peringkat mega serta menjadi perintis peradabadan ekonomi sosial melalui Maqasid Shariah yg dinamik.

Pendekatan awal yang memfokus kepada keperluan data-data wakaf dan zakat ini mampu diperluaskan capaiannya melalui rakan-rakan strategik Kumpulan MAIWP menjadikan ianya satu mega blockchain kepada asas pengurusan ekonomi umat Islam. Ianya akan menjadi model kontemporari digital wakaf-zakat bukan sahaja di Malaysia, tetapi model digital pengurusan wakaf-zakat di peringkat global. 

Selaras dengan hasrat Transformasi Digital MAIWP yang sedang dan akan direalisasikan, PWM berhasrat agar perancangan digital wakaf dan zakat ini diangkat bersama-sama dalam arus Transformasi Digital MAIWP yang nantinya mampu menjadikan MAIWP sebagai pemimpin ekonomi ummah yang holistik dan bersifat lestari.

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email