KUALA LUMPUR, 23 DISEMBER 2021 : Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dengan kerjasama Pusat Wakaf MAIWP melancarkan Kempen Bijak Wakaf Bersama PPZ-MAIWP bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang ibadah wakaf di samping menunaikan zakat di PPZ-MAIWP.
Kerjasama strategik ini adalah bagi menyediakan perkhidmatan pembayaran Wakaf Tunai di 10 cawangan kaunter PPZ-MAIWP, Kaunter Zakat Bergerak dan Door to Door bagi membantu meningkatkan kutipan wakaf yang dibuat oleh Pusat Wakaf MAIWP.

Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, inisiatif ini juga merupakan langkah PPZ-MAIWP untuk menyemarakkan ibadah wakaf ini sebagai amalan tambahan bagi melengkapi atau menyempurnakan ibadah wajib.