Saluran Wakaf PWMSB

Tunai

Salurkan WAKAF TUNAI terus kepada pegawai kami atau di Tabung-Tabung Wakaf Tunai di masjid terpilih (akan diperluaskan) dan semua Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan.

Anda juga bole Klik Link dibawah :

Mari Berwakaf

Anda kini juga boleh berwakaf dengan menebus jumlah mata yang terkumpul sebagai pengguna kad kredit Bank Islam

Mari Berwakaf

Cek / Pindahan ke Akaun

CEK atau PINDAHAN atas nama

PUSAT WAKAF MAIWP SDN. BHD.

Akaun Wakaf PWMSB :

BIMB – 14014010152046

Aplikasi

Muat turun Aplikasi Snap n Pay / Tulus dahulu, kemudian imbas Kod QR ini

Anda juga boleh salurkan wakaf tunai anda melalui Apliskasi ToyyibPay dengan hanya mengimbas QR Code dibawah

Potongan Gaji / Auto Debit

Muat turun Borang Potongan Gaji ini.
UNTUK WAKAF HARTA TIDAK ALIH SEPERTI BANGUNAN, TANAH DAN LAIN-LAIN, SILA DATANG KE PEJABAT KAMI ATAU HUBUNGI KAMI UNTUK PROSES SELANJUTNYA.

Sektor Wakaf

Marilah bersama-sama MAIWP membina kekuatan ekonomi melalui Wakaf dan penyaluran manfaat kepada golongan terbanyak pada segmen-segmen:

Informasi Wakaf Tunai

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-77 yang bersidang pada 10 – 12 April 2007 telah membincangkan Hukum Berkaitan Pembangunan Tanah Wakaf Di Bawah Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9) antaranya telah memutuskan bahawa konsep wakaf tunai adalah dibenarkan dalam Syariah.

AAOIFI (Accounting & Auditing Organisation for Islamic Financial Institutions) dalam Piawaian Syariah yang ke-33 bernombor 3/4/4/2 menyatakan: “Wakaf dalam bentuk wang tunai adalah dibenarkan dan pemanfaatannya perlu dilakukan dengan cara yang tidak akan menyebabkan wang itu habis dan berkurangan. Antara cara pengendalian yang dibenarkan adalah melalui pemberian pinjaman (Qardh) yang patuh syariah dari tunai tersebut atau menyalurkan wang itu kepada pelaburan yang selamat dan patuh syariah seperti kontrak Mudharabah dan kemudian keuntungannya akan dibahagikan kepada pemanfaat wakaf”.

Terdapat juga fatwa di negeri Johor, Terengganu, Selangor selain Indonesia yang membenarkan wakaf dalam bentuk tunai.