Mengenali Kami

PUSAT WAKAF MAIWP SDN. BHD. (No Pendaftaran :1106041-H) sebuah syarikat milik penuh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 2016.

PWMSB diberikan kuasa sebagai Mutawalli Utama bagi menjalankan fungsi-fungsi sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Syarikat seperti berikut:

  1. Mengurus dan mentadbir dana wakaf dan lain-lain bentuk bantuan kewangan daripada MAIWP untuk manfaat dan kesejahteraan umat Islam di dalam dan luar Wilayah Persekutuan;
  2. Menyediakan latihan dan perundingan pengurusan hartanah wakaf yang kondusif kepada maklumat awam dan pemahaman di Malaysia atau di tempat lain termasuklah menguruskan seminar, kongres, pameran, ceramah umum dan penerbitan buku dan jurnal yang berkaitan dengan wakaf; dan
  3. Membangunkan hartanah wakaf dengan melaksanakan projek untuk tujuan mengembangkan pembangunan hartanah wakaf (termasuk membina, mengubahsuai, meruntuh, menghias, memelihara, mendekorasi dan menaiktaraf banguan sebagai salah satu usaha menambah baik dan menambah baik dan menambah nilai pada pembangunan) yang boleh menguntungkan dan memberi manfaat kepada umat Islam.

Tugas dan Fungsi

Mengumpul Dana Wakaf

Membangun Dana Wakaf

Menjalankan Pelaburan

Mengadakan Promosi

Menyelaras Mutawalli Lain

Melaksanakan Aktiviti Kebajikan dan Kemasyarakatan

Melantik Al-Qayyim

×